Perjalanan Kehidupan Seorang Budak Kecil.. Steady!Hebat!Mantap!Dasyat!Smart!Cool beb.Dalam Menggapai Bintang Ke Puncak Kejayaan... Tolong Doakan Afiq Berjaya Dalam UPSR (2010) Pada 21 September 2010.

Afiq Official Page

SIMPLE TAPI BERMACAM-MACAM WARNA

add/Follow me at

Wednesday, February 24, 2010


Friday, February 12, 2010

Lawak Blog 2

Bila Si Suami hantar puisi halus kpd isteri utk kahwin lagi!

Isteriku ,
jika engkau bumi,
akulah matahari.
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku..
Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauan ku.
Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi,
malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.
Lalu......
Relakanlah aku menyinari planet lain,
menyampaikan faedah adanya aku,
kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan diplanet lain...

Lawak Blog

Seorang anak bercerita kepada ayahnya bagaimana dia membayar tambang bas ketika pulang dari sekolah tengah hari tadi.

Anak : Ayah, tadi Man balik naik bas.
Ayah : Eh, Pak Abu tak jemput Man ke hari ni?
Anak : Tak.
Ayah : Man ada duit ke nak bayar tambang?
Anak : Ada, ayah tapi kurang seposen.
Ayah : Tambang bas berapa sen?
Anak : 60 sen.
Ayah : Man ada berapa sen?
Anak : 50 sen saja.
Ayah : Habis tu, macamana man bayar tambang?
Anak : Man ada 50 sen, Man buat muka seposen. Cukuplah jumlahnya 60 sen.
Ayah : .......!!!

CUTI SEKOLAH

Sempena cuti sklh ini Afiq akan melakukan aktiviti berfaedah seperti membaca atau pergi ke kls tambahan... Afiq ingin mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR pada thn ini. Afiq akan belajar dengan bersungguh2 hingga berjaya dlm UPSR jika dizinkan. Tlg doakan Afiq ye pada 21 september 2010. Afiq akan belajar hingga berjaya !!! Amin.

Thursday, February 11, 2010

PERISTIWA TAHUN GAJAH { 1 }

Pada setiap tahun, apabila tiba 'musim haji', beribu-ribu umat Islam pergi ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadat haji. Salah satu rukun yang terdapat dalam fardu haji ialah tawaf atau mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali.

Kaabah yang terletak Kota Mekah digelarkan sebagai Rumah Allah (Baitullah). Hal ini demikian kerana pada suatu masa dahulu, Allah S.W.T. telah memerintahkan Nabi Ibrahim a.s. supaya membina Kaabah. Nabi Ibrahim a.s. dengan bantuan puteranya, Nabi Ismail a.s. lalu membina Kaabah tersebut. Sejak itulah Kaabah menjadi tempat untuk melakukan ibadat tawaf.

Namun, sesudah Nabi Ibrahim a.s. wafat, ajaran yang disampaikan oleh Nabi Ibrahim a.s. supaya menyembah dan mengesakan Allah S.W.T., lama-kelamaan diabaikan oleh kebanyakan manusia.

Mereka kembali menyembah patung-patung berhala, pokok, haiwan, matahari, dan lain-lain lagi. Bahkan, di dalam Kaabah, mereka turut meletakkan berbagai-bagai jenis berhala untuk disembah. Mereka hidup dalam kesesatan dan kejahilan yang nyata.

Namun demikian, Kaabah masih tetap dikunjungi oleh orang ramai yang datang dari merata-rata tempat. Oleh yang demikian, Kota Mekah menjadi sangat masyhur dan maju kerana di kota itu terdapat Kaabah.

Di negeri Yaman pula, terdapat seorang pemerintah bernama Abrahah. Dia berasa sangat iri hati kerana Kota Mekah menjadi begitu masyhur dan maju. Dia mahu negerinya menjadi lebih masyhur dan maju daripada Kota Mekah.

Oleh itu, Abrahah lalu memerintahkan rakyatnya supaya mendirikan sebuah Kaabah untuk menandingi Kaabah yang terdapat di Kota Mekah. Bahkan, 'Kaabah Yaman' jauh lebih cantik daripada Kaabah di Kota Mekah itu. Malah, di dalam 'Kaabah Yaman', terdapat pelbagai peralatan dan barangan yang sangat mahal harganya.

Namun demikian, Abrahah berasa sangat kecewa. Tidak ramai orang datang untuk melakukan ibadat di 'Kaabah Yaman'. Malah, rakyat di negerinya sendiri pun lebih suka mengunjungi Kaabah di Kota Mekah. Marahlah Abrahah bukan kepalang.

'Kaabah Yaman' itu bukan sahaja tidak dikunjungi ramai, malah turut dirosakkan dan dikotorkan dengan najis oleh orang yang berpura-pura mengunjunginya. Malah, banyak pula peralatan dan barangan yang mahal di dalamnya telah dicuri orang. Oleh yang demikian, kemarahan Abrahah tidak dapat dibendung lagi.

Akhirnya, Abrahah mengambil keputusan untuk menyerang Kota Mekah. Tujuannya ialah ingin meruntuhkan Kaabah yang terletak di Kota Mekah itu. Dia percaya, sekiranya Kaabah di Kota Mekah itu berjaya diruntuhkan, tentulah orang ramai akan datang mengunjungi 'Kaabah Yaman' pula.

Tanpa berlengah lagi, Abrahah terus mengumpulkan angkatan tenteranya. Bahkan, angkatan tenteranya sangat luar biasa kerana turut disertakan dengan kumpulan gajah. Oleh yang demikian, angkatan tentera Abrahah ini terkenal dengan sebutan angkatan tentera bergajah.

Abrahah sangat yakin bahawa cita-citanya untuk meruntuhkan Kaabah di Kota Mekah itu akan berjaya. Jumlah tenteranya sangat ramai. Tambahan pula, angkatan perangnya mempunyai barisan gajah yang perkasa. Tentulah tiada siapa pun berani melawan angkatan tenteranya.

Abrahah lalu memimpin angkatan tenteranya menuju ke Kota Mekah. Di segenap tempat yang dilalui oleh angkatan tenteranya, orang ramai bertempiaran melarikan diri. Tiada siapa berani menghalang kemaraan angkatan tenteranya.

Oleh yang demikian, hebohlah berita di kalangan penduduk Tanah Arab mengenai kedatangan angkatan tentera Abrahah. Malah, berita itu akhirnya sampai ke pengetahuan penduduk Kota Mekah. Mereka berasa sangat cemas. Mereka sudah tentulah tidak berdaya untuk mengalahkan angkatan tentera Abrahah. Lebih-lebih lagi kerana angkatan tentera Abrahah turut mempunyai barisan gajah yang perkasa.

Abdul Mutalib, iaitu datuk kepada Nabi Muhammad S.A.W., yang menjadi pemimpin di Kota Mekah turut mengetahui berita itu. Beliau berasa sangat dukacita kerana Abrahah mahu melanggar Kota Mekah dan meruntuhkan Kaabah. Beliau tahu, sekalian penduduk Kota Mekah tidak akan berupaya menghalang cita-cita jahat Abrahah itu.

Tanpa membuang masa lagi, Abdul Mutalib lalu segera mengarahkan penduduk Kota Mekah supaya menyelamatkan diri masing-masing. "Wahai penduduk Kota Mekah! Selamatkan diri kamu semua. Pergilah kamu semua berlindung di atas bukit," seru Abdul Mutalib kepada para penduduk Kota Mekah.

Penduduk kota Mekah bergegas keluar dari Kota Mekah. Mereka patuh pada arahan Abdul Mutalib. Mereka pergi ke bukit-bukau yang terletak di tepi Kota Mekah. Mereka cuba mencari perlindungan di atas bukit-bukau itu.
Apakah Al-Quran?
  1. Al-Quran ialah Kitab Suci yang terakhir diturunkan oleh Allah S.W.T.
  2. Kitab Suci Al-Quran diturunkan oleh Allah S.W.T. kepada Nabi Muhammad S.A.W.
  3. Kitab Suci Al-Quran diturunkan oleh Allah S.W.T. melalui Malaikat Jibril a.s.
  4. Kitab Suci diturunkan dalam bahasa Arab.
  5. Membaca Kitab Suci Al-Quran adalah suatu ibadat.

Wednesday, February 10, 2010

Maksud Ayat suci Al quran. AL - Fatihah

[1]
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[2]
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
[3]
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[4]
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
[5]
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
[6]
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
[7]
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Kisah kejadian Alam

Bila Allah berkehendak untuk mengadakan atau menciptakan sesuatu, Allah hanya mengucapkan satu perkataan yang bersifat perintah, iaitu 'kun', yang ertinya 'jadilah'. Dengan mengucapkan kata kata 'kun' itu, maka tercipta apa yang dikehendaki Allah.
Dengan cara begitu, maka terciptalah bumi dengan lautan dan daratannya, bergunung ganang dan jurang, lengkap dengan tumbuh tumbuhan dan segala jenis haiwannya.
Terciptalah matahari dengan cahayanya yang terang benderang, bulan dengan sinarnya yang berkemilauan, dan bintang bintang dengan cahayanya yang gemerlapan. Semuanya beredar diangkasaraya dengan peredaran yang teratur, menurut sunnah (penetapan) Ilahi yang mencipta dan mengaturnya, tanpa cacat celanya.
Kemudian diciptakan Allah pula para Malaikat yang selalu patuh menjalankan segala perintah Allah yang menciptanya, mengerjakan ibadat dan tugas masing masing yang sudah ditetapkan Allah bagi mereka. Diantara mereka ada yang menjadi penjaga bumi, penjaga langit, menurunkan hujan, dan ada pula yang menjadi Pesuruh Allah, sebagai perantara antara Allah dengan makhlukNya. Dalam menjalankan berbagai tugas itu, mereka selalu bertasbih mensucikan Allah.
Setiap sesuatu yang kita lihat sekarang ini dahulunya belumlah ada, dahulu tidak ada manusia dan binatang, tidak ada tumbuh tumbuhan, tidak ada bumi matahari, bulan dan bintang. Dengan kudrat dan iradatNya Allah lalu menciptakan segala apa yang ada dan kita lihat sekarang ini.
Diciptakan Allah langit dan bumi dan apa yang terdapat antara keduanya didalam waktu enam hari. Hari yang bukan bererti siang dan malam seperti yang lazim kita pergunakan sekarang ini. tetapi had yang bererti proses pertumbuhan atau masa, yang lamanya mungkin beribu ribu atau berjuta juta tahun lamanya

Tuesday, February 9, 2010

Motivasi Sekolah

Selasa , 9 Januari 2010


Semasa di seekolah kebangsaan telah mengadakan motivasi minda. Pada mulanya seronok kami semua bersuka-ria dan berseronok. Kami rasa btl2 gembira. Tiba saat yg sukar dilihat kami ditunjukkan video dari orang motivasi itu yang berjudul pengorbanan seoran ibu dan bapa kita yg melahirkan kita , mendidik kita dan menjaga kita sehingga kini. Segelintir daripada murid islam dan moral menangis akan menyaksikan video itu. Aku dan rakan-rakan amat kecewa atas kesalahan yg dibuat oleh ibubapa kita selama ini. Kami mula sedar akan jasa2 mereka terhadap kita dan pengorbanannya...

...SEKIAN TERIMA KASIH...

Monday, February 8, 2010

Open my ning networks

hei kwn2 Afiq ingin memberitahu bahawa Afiq ada ning network. Afiq ingin mengajak kwn2 join page Afiq itu . Afiq harap kwn2 blh join page Afiq yg diatas ini.


...SEKIAN TERIMA KASIH...

Saturday, February 6, 2010

Terima Kasih

kepada kawan aku aiman yang banyak tolong aku ajar cara buat blog.ok bye.saudara aku nak datang dah

Welcome

Selamat datang ke blog afiq official page.blog ni kisah kehidupan aku dengan sahabatku.ok bye.nanti saudara aku nak datang

logo afiq official page

logo afiq official page